Category Archives: Sifat Tercela

Bahaya Riak Dapat Memusnahkan Pahala.

image

Syidad bin Ausi berkata, “Suatu hari saya melihat Nabi Muhammad Shallallahu’Allaihi Wa Sallam sedang menangis, lalu saya pun bertanya Baginda Shallallahu’Alaihi Wa Sallam : “Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?” 
Sabda Nabi Muhammad  Shallallahu’Allaihi Wa Sallam :
”Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka.” 

Rasulullah Shallallahu’Alaihi Wa Sallam bersabda lagi, “Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh.” 

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,“Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah  Subhanahu Wata’ala  ).”

“Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah Subhanahu Wata’ala telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya.” 

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang sholeh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah Subhanahu Wata’ala. 
Mereka berhenti di hariban Allah Subhanahu Wata’ala dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul sholeh dan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wata’ala.

Kemudian Allah Subhanahu Wata’ala berfirman yang bermaksud, “Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit.”

Begitulah bahayanya riak,  semoga kita benar-benar ikhlas ketika bersedekah hanya mengharap keridhaan Allah Ta’ala.
Bukan untuk sesuatu yang lain dan bukan untuk menerima balasan dari orang yang kita beri sesuatu. 

getaranqalbu.wordpress.com